Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Homemade Mushroom Soup

Cik Zara | 07:11 | 14Comments |
Assalamualaikum

Hadiah dari incik google

Hari ni sebab terlalu rajin nak kongsi dengan korang satu resipi yang I cipta sendiri dan adik-adik pun suka makan makanan ni tapi tak boleh lawan la dengan Pizza Hut. Masa makan sup ni Adam dan siap komen yang dekat Pizza Hut lagi sedap. Sabo jelah! Otak dah terbayang-bayang mushroom dari Pizza Hut tapi malas nak pergi. Cara senang buat sendiri je tak perlu susah nak bersiap cantik-cantik, cari parking lagi dan dah tahu memang susah nak dapat parking dekat Pizza Hut. Semua bahan pun dah ada kat umah jadi masukkan je dah siap.

Kita mulakan dengan bahan yang diperlukan:
1 kotak krim cendawan (campbell's) - dibancuh dengan air panas
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air sejuk)
2 ulas bawang merah (hiris halus)
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 tin cendawan butang (hiris)
1 camca besar mentega
1 tangkai daun sup (hiris)
1 kiub pati ayam
1.5 liter air
Garam / gula

Mulakan memasak dengan kalimah bismilah, hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang baru masakan jadi sedap.

Gunakan api yang paling kecil. Panaskan mentega, masukkan bawang merah dulu baru masukkan bawang putih sebab bawang putih cepat hangit. Dah naik bau masukkan krim cendawan yang dah dibancuh tadi. Biarkan mendidih. Masukkan air biarkan mendidih lagi. Masukkan kuib pati ayam. Masukkan cendawan butang  biarkan masak dan mengelegak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tapi sebelum masukkan bahan perasa hendaklah rasa terlebih dahulu sebab krim cendawan ni dah masin takut terlebih masin pulak. Dah pekat masukkan tepung jagung yang dah siap dibancuh. Sambil tuang tepung jagung teruskan mengacau. Kacau sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai. Tak perlu terlalu pekat dan tak perlu terlalu cair. Tutup api masukkan daun sup dan kacau sebati. Siap!

Boleh makan macam tu je atau dicicah dengan roti kosong seperti roti bawang putih, roti perancis dan roti keping yang dalam plastik tu. Amaran!! Roti berinti dan berkrim tidak sesuai dimakan bersama sup cendawan ni tau. kalau nak rasa pedas masukkan lah serbuk lada sulah.

Okay,
Selamat mencuba, sebarang pertanyaan boleh tanya pada ruangan komen k.
^____^




Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

14 comments:

Zaza said...

wah..zaza suka betul dgn musroom sup nih.. =)

Cik Zara said...

@Zaza yeke/..nanti boleh la mencuba.. ;)

CiK Bella said...

Makan panas2 mmg sedap :))
Kegemaran bella dr dulu

Nao Mei said...

nak cuba gak resepi adik nie...nampak menarik...hihi

Aenn Athirah said...

Emm..sedapnya..teringat mushroom sup pizzahut la pulak..

Cik Zara said...

@CiK Bellahaa..betul2.lagi2 cicah dengan roti..haha

Cik Zara said...

@Nao Meisilakan kan.. memang nk kongsi pon..hehe

Cik Zara said...

@Aenn Athirahhaa..tau xpe aenn. nak pergi sana malas..buat je senang dapat makan banyak..haha

cci said...

nyumm.. leh cuba nanti..

DilaElla said...

Thanks for da resepi.nak try nanti :)

Cik Zara said...

@ccisilakan dear.. :)

Cik Zara said...

@DilaEllasama2.. silakan mencuba ye,, :)

Siti Zulaikha Shuib said...

blogwalking sini^^
btol3 pizza hut punya memang sedap =)
tapi t boleh cuab lah resepi ni, gambo tu nampak menarik sangat.

AiSyA LiEzA said...

best2!! suka makan benda2 cm ni masa xsht... hek3.. ..>.<