Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Review Bloglist Terung

Cik Zara | 05:19 | 8Comments |
Assalamualaikum
Review blog daripada bloglist Cik Zara. Disebabkan tidak berkesempatan untuk review sekarang I akan review blog yang join bloglist I SINI
I pilih kumpulan bloglist terung
Blog yang sangat simple dan yang pasti berwarna biru. Suka! Semua dah sempurna dan tidak ada apa yang perlu dibaiki. Yang penting ada gajet followers dan cbox. Sebenarnya tu yang penting dalam dunia blog dan I yakin semua orang tahu tentang ni. Sangat suka blog ni dan paling suka kata-kata pada header tu. Sangat tersentuh di hati. ^___^ Jom follow ramai-ramai dan boleh juga like page Adam faiz. Untuk terjah sila klik header di atas.

Blog berwarna hijau! Suka juga! Sebab hijau tenang lagi mendamaikan. Bila tengok warna hijau hati pun rasa tenang. Tak percaya? Cuba korang tengok pokok-pokok di sekeliling korang. Akan dapat rasa satu perasaan yang sangat tenang dan mendamaikan. Sebab I selalu buat macam tu. Blog Atirah dah cantik dan tak ada apa untuk dikomen. Cantik! Thumbs Up! Klik header untuk ke blog Atirah.

Aenn selalu tag I join segmen sebab dia rajin join segmen dan GA. Rajin betul Aenn ni kan? Semoga setiap segmen dan GA yang Aenn join bertuah. sebenarnya nama Aenn ni sama dengan nama kawan I. Nama dia Noraini tapi panggil Ain. Bila tengok nama Aenn teringat dia walaupun ejaan nama Aenn dengan Ain tak sama tapi cara sebut sama je. Hehe. Blog Aenn sangat simple dan cantik dengan kombinasi grey dan hitam biasanya warna ni digunakan oleh lelaki tapi bila perempuan yang guna nampak sweet dan comel je. Tak percaya? Boleh klik header kat atas ni. Semua gajet ada dan lengkap. ^___^

Tak cakap pun mesti korang kenal blogger ni kan? i suka tengok pic dia sebab pipi dia yang pinky tu. Nampak comel je. Okay, kita teruskan review blog Emas putih yang lebih suka digelar Uzu. Blog ni secara keseluruhan memang cantik dengan warna pink. I selalu juga lepak di blog ni tapi lebih suka jadi silent reader. Uzu selalu updated pasal isu-isu semasa dan juga segmen sendiri yang dianjurkan bersama sponsor. Selain tu, entry berkaitan dengan tutorial, tips dan doodle pun banyak. Blog ni memang cantik! Klik header k untuk ke sana.


Okay, blogger ni pun mesti korang kenal juga kan? Selalu tengok dia join segmen, GA dan Contest serta jadi sponsor kepada segmen. Dulu kalau tak silap blog Cik Fie berwarna pink sekarang dah tukar kepada biru. cantik jugak. Blog ni pun simple je n cepat loading. Klik header untuk terjah.

Okay, blog ni sangat simple dengan headernya yang juga simple. Background macam disko.Hehe. tapi okay dengan header dia yang simple. Nama owner blog ni sebijik sama dengan nama adik ketiga I cuma berbinti je yang lain. Walaupun background yang berkelip-kelip dan cursor yang ada donat-donat jatuh sikit pun tak melembabkan loading blog ni. Kuih donat yang jatuh dari cursor tu macam sedap pulak. boleh klik header untuk ke sana. ^___^

Blog ni berwarna biru! suka! Blog simple dan tak sangka rupanya owner blog ni dah dapat result STPM tahun ni. I ingatkan baru tingkatan 2 atau 3 sebab pic pada header nampak macam budak-budak je. Kalau tak kerana entry dia yang terbaru ni agaknya tahun-tahun selepas ni I masih ingat dia budak-budak lagi. Semua tentang blog ni dah cantik tapi bagi I ada satu yang kurang sebab tak ada gajet followers. I tahu ramai yang tak suka dengan gajet followers yang nampak semak dengan muka-muka orang tapi sebenarnya yang tulah yang bloggers tercari-cari bila nak follow blog blogger lain. Itu Pendapat I lah. Klik header untuk terjah!
Okay blog budak sekolah ni blogger dia sangat rajin buat segmen dan sekarang ni segmen tu masih lagi berlangsung sehingga 25/3. klik header sekirangnya korang nak join. Blog yang sangat simple dengan semua gajet yang diperlukan ada dengan teguhnya pada sidebar blog. Kalau boleh adik center kan header tu baru nampak lagi kemas dan cun. 

Blog Ninaa sangat cantik dengan kombinasi pink dan biru, tapi header Ninaa ni memang tak ada title ya? Simple sangat blog ni dengan semua gajet wujud dengan cantiknya. Tak ada apa yang perlu diubah sebab dah cantik. Sila kilik header untuk ke blog Ninaa.

Cantik sangat header ni dengan warna-warni macam pelangi. Cantik! Sesuai dengan background pink dan menonjolkan lagi header tu. Tak ada apa yang boleh di komen sebab cantik sangat! klik untuk terjah!

Okay, sampai disini je I dapat review blog dari bloglist terung. Maaf sekiranya terkasar bahasa, terguris hati dan terasa hati. I menaip berdasarkan apa yang I lihat.

Wassalam
Okay, esok ada kelas tambahan SPM.
^____^


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

8 comments:

Aenn Athirah said...

Thanks akak.. review blog aenn.. ;)

Cik Zara said...

sama2 aenn.. :)

Naz Ieqa said...

thanks akak review blog saya...;)

Cik Zara said...

sama2... :)

ANISRAHIM said...

Rajinnya Zara :D

Makin bz cikgu kiter ni kan hehe

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Boleh terjah nanti..nak berkenalan.. :)

Hanida Moss said...

selamat me-review zara :)

Meyra John said...

Mari join sini. ^^ Best!!

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/giveaway-topup-pearlcholic-birthday-by.html

Thanks!!