Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Interview? Study? Tempahan? Pelamin? Atau Bertunang?

Cik Zara | 04:58 | 25Comments |
Assalamualaikum
Hai semua!!
Tup tup dah febuari sekejap je masa berlalu dan hampir tujuh bulan juga arwah mak tinggalkan kami sekeluarga. Al-Fatihah. Bulan ni dan bulan seterusnya juga terasa macam banyak benda nak fikir dan tak selesai dengan rutin harian di kedai dan rumah menambah lagi ketidakselesaian itu. Dengan setiap hari tak cukup tidur walaupun tidur awal malam tetap masih terasa ketidakcukupan itu. 
Okay, I nak kongsi satu berita gembira, suka hatilah nak baca ke tak I tetap nak cerita juga. Sekarang dekat group FB heboh dengan interview SPP untuk Graduan Pendidikan IPTA dan IPG (2013) yang bergraduat pada tahun 2012. Bermakna urusan temu duga akan dan bakal berlangsung tak lama lagi. Bermula 19 Feb-27 Mac 2013 untuk perlantikan jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Dan semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya www.spp.gov.my mulai 15 feb 2013. 
Dah tak lama lagii! Ini bermakna I akan bakal menjadi guru jika berjaya dalam temu duga tersebut. Doakan ye kawan-kawan sekalian. ^__^
Titik untuk berita gembira dan I nak story tentang tajuk entry ni. Nampak banyak benda yang tak selesai, dilema, kekeliruan, ketidaksempatan dan segalanya tidak. Interview tu takut tapi tetap dan harus lalui sebab menjadi guru adalah impian dari tadika lagi. Apa yang penting harus kuasai empat elemen yang dinilai iaitu keterampilan diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran komunikasi, pengetahuan am dan isu semasa serta pengetahuan dalam bidang tugas. Ohh! dalam dilema dan kekeliruan.
Study dengan tak study apa pun untuk interview buat jantung berdetaknya dengan lebih kencang seperti genderang yang mahu pulang dari hujung kaki ke hujung kepala *campur dengan lirik Sedang Ingin Bercinta*. Nota dah lama ada tapi satu pun tak tersentuh dan terusik, download je pandai tapi bacanya tidak. Sekarang orang lain duk study I terkial-kial lagi. 
Tempahan yang diterima yang sudah dihadkan tetap rasa seperti menimbun banyaknya walaupun untuk bulan ni awal-awal lagi dah tutup tempahan. Maaf ya kepada sesiapa yang nak tempah tu. Tu salah satu kekangan masa kenapa tak boleh study lagi sekarang. Bila dah buat crochet memang tak boleh tumpu pada study macam tulah sebaliknya. Kalau tak buat crochet rasa macam lambat pulak siapkan tempahan dan pelanggan dah tertanya-tanya.
Cuti raya cina ni ramai pulak yang kawen dan bertunang I tak terlepas turut sama sibuk sebagai pembantu salah satu butik pengantin. Turun tak tentu masa dan balik pun tak tentu masa dan disebabkan itulah crochet dan study terbengkalai lagi. Ohh! sangat berada dalam ketidaksempatan. Ni pun baru balik dari buat pelamin orang nak kawen esok balik je terus update entry. 
Ingat orang je nak kawen dan bertunang I pun nak. ^___^  Bertunang tu perancangan je belum tentu lagi tapi tak nak cerita panjang. Walaupun hanya perancangan tetap juga terfikir. Ohh, dilema lagi.
Okay, korang semua doakan I berjaya dalam temu duga tu nanti ye. Mulai sekarang kena study sebab dah timbul perasaan dengki bila kawan-kawan duk post dekat wall FB pasal study. Balik zaman universiti lagi walaupun berlainan suasana dan tempat. I pun doakan awak semua berjaya dalam apa juga yang awak ceburi.
Semoga Zara berjaya!
Wassalam
Okay, nak keluar pergi siapkan pelamin lagi
^___^

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

25 comments:

Nurul Najihah said...

Najihah doakan sis berjaya dalam interview nanti ; In Shaa Allah ;)

nurulnajihahadam.blogspot.com
[ keep in touch yaaa :) ]

Cik Zara said...

@Nurul Najihahtq najihah sayang.. :) akak pun doakan najihah berjaya..:)

Eiyra Hisham said...

kak zara ingat kat sy lagi takk??
sy rindu kat akak..
and rase sedih sgt bila dapat tahu akak dah tak terima tempahan crochet dahh.. *sobsob*

apa-2 pun sy sentiasa doakan akak berjaya dalam hidup akak,aminnn.. :)

Nadia Johari said...

semoga berjaya..saya je x dpt pngilan temuduga mn2 lagi..haishh

Cik Zara said...

@Eiyra Hishamlaa..eiyra mestilah ingat..:) tq ye eiyra..akak pon doakan eiyra..

Cik Zara said...

@Nadia Joharixpe nanti dapatlah..yang penting usaha.. :) Zara doakankan nadia pun berjaya..

sabella mohamad said...

wah bizinye akak . macam2 nak kena buat ek . papepun , akak dahulukan mana yg patut dulu la . macam crochet tu , boleh rehat buat sementara waktu . bila dah lapang , boleh sambung balik :)

Lia Irdelia said...

adik sy pun tgh berdebar tgu list nama kua utk interview tu... hrp2 berjayalah yer..

gudluck.. :)

Cik Zara said...

@sabella mohamadhehe..tulah bella..bz betul rasanya bulan ni..hehe

Cik Zara said...

@Lia Irdeliayeke?..semoga adik awak berjaya.. :)

Ieta Mat Sa'ad said...

Singgah petang ke blog cikgu Zara

ieta said...

done follow. trm kasih sudi singgah n follow blog akak :)

Eza Haniza said...

Salam , cik zara boleh tak emelkan no acc bank yang cik zara gunakan dan no telefon ke cikbambino@gmail.com :)

Cik Zara said...

@Ieta Mat Sa'adterima kasih

Cik Zara said...

@Ieta Mat Sa'adterima kasih

Cik Zara said...

@ietahehe..sama2 kak.. :)

nabila biela said...

amin..moge brjaye sellu yew^^

Cik Zara said...

@nabila bielaterima kasih

Hanida Moss said...

semoga awk dpt kerja jadi cikgu, seterusnya bertunang dan kahwin. ha gitu :)

nabila biela said...

salam awak..giveaway cologen sy tuh terpksa sy batalkan atas sbb trtentu..nti sy ganti dgn segmen lain..maaf yeww..ni link yg sy mxk maaf tu...http://comey-comeyblog.blogspot.com/2013/02/maaf-giveaway-terpaksa-dibatalkan.html

ANISRAHIM said...

Al-fatihah. ayah anis pon 2nd feb genap 3 tahun kembali ke ilahi...Al-fatihah

Semoga berjaya zara :)

Umor mcm kiter ni, mmg patut fikir pon bende2 camni, tp kalau anis la, anis nk kawin je terus hehehe

Cik Zara said...

@Hanida Moss hehe..tq hanida..awak pun semoga nanti famous macam famous amos tu..biskut tu dah boleh jual..:)

Cik Zara said...

@nabila bielaokay,,tak pe.. :)

Cik Zara said...

@ANISRAHIMAl-fatihah untuk ayah anis..

Tq, anis..zara pon doakan semoga anis berjaya..:)

a ah..betul tu hajat hati memang nak kawen terus je tapi tulah nak ikut adat katanya..haha..

farhan said...

nice post kakak...selamat dan semangat ya