Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Seputih Kilauan Mutiara

Cik Zara | 05:22 | 15Comments |
Assalamualaikum
Hai uoll's!! 
Tadi pergi shopping then terjumpa barang ni, mulanya lalu je sebelah dia buat tak pandang tapi terpandang juga. Phewwit! Terus jatuh cinta.

Bila dah sampai bahagian aksesori wanita ni tak sah kalau mata ni tak menjengah setiap barang yang dipamerkan. Mana tau ada produk baru ke tu yang nak usha sangat-sangat.

Memang tanak beli tapi tengok sekali dah rasa lain macam, buat tak tahu dulu. Buat-buat pergi cari barang dapur dah jumpa. Eh! boleh pulak kaki melangkah lagi kearah benda alah ni. Dah terpaku kat depan tangan ni pulak gatal semacam nak pi pegang. Mulalah belek depan dulu lepas tu belakang pulak kononya baca keterangan belakang botol tu. Dah rasa lain macam  bila pi bukak penutup. Hidu terus cop! Nak beli! Haa, sudah!

Ni ha bendanya!
CITRA pearly White UV plus Bubuk Mutiara Cina

Menjadikan kulit anda tampak putih dan secantik kilauan mutiara dengan perlindungan UV lagi tu. Yang penting ni adalah hand & body lotion. Boleh sapu seluruh badan selepas mandi.

Okay nak terangkan ni baca ya!

Citra Pearly White UV Lotion dengan Bubuk Mutiara Cina yang dapat membuat kulit anda seputih kilauan mutiara. Pernah tengok mutiara kan? Haa, macam tulah berkelip-kelip kau Minah!

Tahukah Anda?
Bubuk Mutiara ni digunakan oleh para permaisuri Kerajaan Cina dari generasi ke generasi untuk mendapatkan kulit yang putih. WOW! Patutlah orang cina putih-putih. Jadi korang kena pakailah kalau nak putih sebab dah terbukti ni. Hehe. I pun Pakai U!

Katanya lagi, losyen ni dapat merawat kulit dari dalam dengan perlindungan UV akan membantu melindungi kulit korang dari sinar matahari yang boleh menyebabkan bintik hitam dan kulit gelap. Hingga ke lapisan epidemis kulit.
Okay! I memang sangat semangat nak pakai ni. Hoho

Nanti dah pakai korang janganlah ajak benda berjemur macam tepi pantai tu. Simpan dalam suhu bilik je nanti kesannya tak sehebat yang diinginkan. Xoxo

Cara nak pakai pulak boleh pakai selepas mandi dan bila-bila sahaja korang perlukannya. dan untuk hasil yang terbaik gunakanlah pada setiap hari dan teratur ye. Yang paling penting sesuai untuk semua jenis kulit. Muahahah! Best ni!
Harga pulak bagi I tak mahal sangat pun sebab benda ni ada tiga variasi botol kecil, sederhana dan besar. I beli yang sederhana  sebab nak cuba dulu berkesan ke tak dekat kulit I yang hitam ni. yang kecil seingat I dalam RM 2++. Sederhana dalam RM 4++ lebih dan yang besar RM 10++. Murah dan mampu milik.
Kalau nak lebih banyak info boleh lawat sini

 Keluaran Unilever tau!!

Okay! Selamat Menjadi Cantik Semuanya!

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

15 comments:

faie mohamad said...

ari tu masa kt supermarket dah usha dah dari jauh, tp xbrapa yakin sbb xde testimoni dri kwn2.. nk try la kalu gitu :)

Cik Zara said...

gunalah, nanti boleh putih sama-sama. hihi

normi nieza said...

mcm mana nak buka shoutbox tu?

shazrina said...

nnt boleh putih same2?? hihi Kak Juju ni gelap? kalo pakai popn nnt reslut die mungkin jadi sawo matang je kot ..hihhi

.::: Princess MOMOY :::. said...

pernah pkai citra yg sengkuang t
confirm wangi sbb lotion citra semua wangi
murah nyer leh la beli.
yg besar brapa ml?

yana yani said...

ow..x patutlah org cina semuanyer putih..ni rahsianya..nak p cari lah nanti biar putih melepak gitu..hehe

Cik Zara said...

@yana yanihaha..tulah.. biar kita putih sama2..hihi

Cik Zara said...

@.::: Princess MOMOY :::.tulah..ari tu tengok sampai tak tau nak pilih yang mane. semua macam best. wangi dia pun tahan lama. dari pagi pakai sampai sekarang masih boleh bau lagi.hehe

Cik Zara said...

@shazrinahaha..okalah tu sawo matang dari gelap terus..ade jugak kesannya kak juju..hihi

s h a said...

nak putih jgk.bolehla try beli sebab harga dia murah. :)

Mugmerah said...

agak2 kalau mugmerah guna leh jadi mugputih x? hik3 :3

Cik Zara said...

@s h ahehe..beli la..nanti kita boleh putih sama2. :)

Cik Zara said...

@Mugmerah haha..kena tukar nama jadi mugputih lah baru jadi putih..hihihi

mecha_praline said...

patutla putihnya diaaaa

Cik Zara said...

@mecha_pralinehitamlah.sebab tu nak guna..hihi