Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

INFO : BAHAYA Masuk Kereta Terus Bukak Aircond

Cik Zara | 16:43 | 14Comments |
Assalamualaikum

Walaikumsalam, :)

Nak tanya korang pernah atau selalu tak bila masuk kereta, lepas enjin kereta dihidupkan butang aircond yang ditekan dulu? Pernah tak buat macam tu? Pernah?
I pernah dan selalu buat macam tu. Sebabnya tak tahu ynng sebenarnya buat macam tu sangat memerbahaya kepada kita dan juga orang lain. 

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzine, sejenis toksin yang menyebabkan kanser. (carcinogen- yang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil daripada haba bahan plastik di dalam kereta). Selain itu ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, kerana menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Sekiranya berlarutan boleh menyebabkan leukemia, meningkatkan rsiko menghadapi kanser serta punca keguguran.

Kadar nomal bagi Benzine adala 50mg bagi setiap kaki persegi. Sekiranya kereta anda terdedah kepada matahari ia akan meningkat kepada 2000 - 4000mg iaitu 4 kali ganda dari tahap yang dibenarkan.

Oleh itu, dinasihatkan untuk membuka tingkap dan aicond terlebih dahulu sebelum anda masuk kedalam  kereta untuk membebaskan Benzine ini.

Pastikan keluarga dan kawan anda tahu mengenai ini.




Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

PROMOSI Crochet Pattern

Cik Zara | 23:57 | 10Comments |
Assalamualaikum
PROMOSI!!! PROMOSI!!!
Kepada sesiapa yang berminat kepada keychain crochet boleh oder di sini atau klik page Blue Yarn Crafting pada sidebar. sekiranya berminat sila pm kami untuk maklumat lanjut.
Kesemua item ini boleh didapati dengan harga berpatutan dengan penurunan harga dari harga sebenar.
Crochet ini sesuai dijadikan sebagai keychain atau hp strap untuk di gantung pada handset. Keychain pula sesuai digantung pada beg sekolah, kunci kereta, kotak pensil dan dimana sahaja yang dirasakan sesuai.

Sesuai untuk dihadiahkan kepada sesorang sebagai kenangan atau untuk kegunaan diri sendiri.
Antara item tersebut adalah :
Jellyfish                                                Sotong

 
Kura-kura                                        Sim Simi

Kempat-empat item ini boleh didapati dengan harga RM20 untuk 5pcs. 
Item boleh dipilih sama ada inginkan 5 pcs pattern yang sama atau 5pcs pattern yang berbeza.

Jadi apa tunggu lagi, jomlah oder sekarang.

Kepada blogger yang mencari sponsor GA atau segmen, kami juga sedia membantu anda untuk menjadi sponsor anda. Sila PM kami terlebih dahulu.

PERHATIAN!!!
Pembayaran hanya melalui transaksi bank sahaja. Nombor akaun bank akan diberi setelah pelanggan bersetuju untuk membeli.
Crochet ini akan mula dihasilkan setelah pelanggan membuat pembayaran penuh sahaja

Sekian, :)



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Masterpiece Hantaran Pertunangan

Cik Zara | 17:54 | 13Comments |
Assalamualaikum

Hari ni nak share dengan korang masterpiece hantaran. Manalah tahu dapat menolong korang untuk buat hantaran.

Tema : kuning + coklat + cream





Tema: Ungu + putih






Enjoyed!!
Wassalam



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Siapa Tak Suka Coklat??

Cik Zara | 03:58 | 10Comments |
Assalamualaikum

i.          APA ITU COKLAT?

Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
ii.         KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Kandungan Coklat kosong Coklat susu
Tenaga 511 kcal 514 kcal
Lemak 32.3 g 29.0 g
Protein 4.1 g 8.1 g
Karbohidrat 51.9 g 56.1 g
Zat Besi 2.3 mg 0.8 mg
Kalsium 29.0 mg 233.0 mg
Tiamin 0.04 mg 0.09 mg
Riboflavin 0.02 mg 0.3 mg
Niasin 0.4 mg 0.4 mg
Vitamin A 22.0 mg 84.0

iii.        KELEBIHAN COKLAT
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.

Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Bermesra!

Cik Zara | 09:02 | 3Comments |
Assalamualaikum

Agak lama tidak beramah mesra, bermanja-manja dengan blog kesayangan ni.
Blogger ajar join segmen pun tak sempat nak join. Terutamanya blogger Cik Akak comel ni. Cik Akak ada invite join segmen tapi tak sempat nak join. Dah tamat pun tempoh. :( Ampun kak Zara sibuk sangat. Tambahan lagi lappy selalu je berebut dengan Adam. 
Balik kerja je dia dah ada depan laptop. Malam sambung lagi sampailah disuruh buat kerja sekolah baru berhenti. Kena tumpukan pada Adam pulak ajar buat kerja sekolah. Dah penat terus je tidur pagi esoknya bangun gosok baju, mandi, solat, buat sarapan, sediakan duit untuk budak-budak terus pergi sekolah.

Blog tergendala, nak bermesra dengan blogger lain pun tak sempat. Rindu nak blogwalking macam dulu.

Wassalam


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Menangis: Detik-detik Kewafatan Rasulullah SAW

Cik Zara | 06:56 | 6Comments |
Assalamualaikum

Bacalah dengan penuh keikhlasan dan tenang. Hayatilah kisah kekasih Allah SWT

Ketika merasakan ajal baginda semakin hampir, Rasulullah SAW memanggil para sahabat berkumpul di kediaman isteri tercinta, sayyidina Aisyah RA. Baginda memandang para sahabat dengan tatapan mata yang sendu.

Sambil menangis baginda bersabda, "Marhaban bikum, semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah SWT. Telah dekat perpisahan dan telah hampir waktu pulang kepada Allah SWT. Hendaklah Ali memandikanku, Fadlal bin Abbas dan Usamah bin Zaid menuangkan air. Kafanilah aku dengan kainku jika kamu menghendakinya atau kain putih buatan Yaman. Jika kamu selesai memandikanku, letakkan jenazahku di tempat tidur di rumahku ini, diatas pinggir lubang kuburku. Kemudian bawahlah aku keluar sesaat. Maka yang pertama kali berselawat kepadaku adalah Allah Azza Wa Jalla, lalu Jibril, Mikail, israfil, Izrail bersama pasukannya, kemudian segenap malaikat. Sesudah itu barulah kamu masuk rombongan demi rombongan, dan sembahyangkanlah aku."

Mendengar sahaja wasiat Rasulullah SWT, para sahabat menangis dan menjerit... "Ya Rasulullah, Tuan adalah rasul kami, penghimpun dan pembina kekuatan kami, serta penguasa segala urusan kami. Jika Tuan pergi, kepada siapakah kami kembali?"

Rasulullah SWT bersabda, “Aku tinggalkan kamu di jalan yang terang. Aku tinggalkan untuk kamu dua juru nasihat yang berbicara dan yang diam. Penasihat yang berbicara ialah Al-Quran, penasihat diam ialah maut. Jika kamu menghadapi persoalan yang musykil, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah; dan jika hati kamu kusut, tuntunlah dengan mengambil iktibar tentang peristiwa maut.”

Ketika itu akhir bulan Safar, Rasullullah SWT jatuh sakit dan semakin lama semakin teruk. Sehingga satu saat, ketika para sahabat berkumpul di rumah Sayyidina Aisyah RA untuk menjaga baginda secara bergilir-gilir, baginda bangun dari pembaringan dan memakai ikat kepala, menandakan sakitnya masih teruk.

Didepan para sahabat, beliau bersabda, “Wahai para sahabatku….. Sungguh, demi Allah, saat ini telah kulihat Telaga Haudh di hadapanku. Demi Allah, aku tidak takut syirik akan menimpa kamu setelah aku wafat. Tetapi yang kutakutkan, kamu saling berebut dunia, saling  merebutkan kekayaan. Itu yang aku takutkan.” Haudh adalah salah satu telaga di syurga.

Dari hari ke hari, kesihatan baginda semakin teruk dan para sahabat mula cemas. Pada satu, subuh isnin, sahabat Bilal mengumandangkan azan di Masjid Nabawi tetapi setelah beberapa lama baginda belum juga hadir ke masjid. Lalu Bilal ke rumah baginda dan mengucapkan salam didepan pintu rumah baginda.
"Assalamua alaika, ya Rasulullah."

Baginda tidak menjawab tetapi Sayyidina Fatimah RA keluar sambil menjawab salam, "Alaikassalam... Kalau ada perlu lain kali aja. Rasulullah sedang demam."

Mendengar ucapan itu, tetapi Bilal tidak faham lalu kembali ke masjid dan menunggu kedatangan Rasullullah SWT sehinggalah langit disedelah timur mulai menguning. Kerana waktu subuh hampir habis. Bilal kembali ke rumah Rasulullah SWT.

“Assalamu’alaika, ya Rasulullah…. para makmum sudah menunggu dan langit sudah pula menguning,” katanya.
Saat itu, Nabi tersedar sedar. Dengan tersemput-semput baginda membalas salam Bilal, lantas bersabda, “Ya Bilal, aku tahu fajar telah mulai tiba. Beri tahu Abu Bakar supaya menjadi imam sembahyang Subuh. Aku sedang sakit, tidak mampu bangun.”
Mendengar jawapan itu Bilal menangis. Dengan langkah terburu-buru tetapi longlai,dia bergegas kembali ke masjid. Disampaikannya pesan Rasulullah SAW kepada Abu Bakar. Begitu melihat mihrab kosong, Abu Bakar menangis. Di mihrab itulah Rasulullah SAW selalu memimpin solat, mengumandangkan ayat-ayat Al-Quran dengan suara yang nyaring dan fasih. Peribadinya agung, parasnya berwibawa. Kini mihrab itu kosong. Abu Bakar menangis juga seluruh sahabat, sehingga suasana subuh itu menjadi murung.
Sampai siang, para sahabat berkumpul di masjid menanti berita dari kediaman Rasulullah SAW. Ternyata, Rasululah SAW minta dipapah untuk menuju masjid. Dengan langkah perlahan-lahan, Nabi keluar rumah dipapah kedua sahabat itu.
Tiba di masjid, Nabi sembahyang sunnah dua rakaat lalu menuju mimbar. Kakinya terasa berat ketika mendaki tangga. Tubuhnya tampak lemah, tangannya mengeletar. Tak lama kemudian beliau menyampaikan khutbah singkat, namun isinya meresap dan menggetarkan hati. Para sahabat bercucuran air mata…..
“Wahai kaum muslimin, kita hidup di bawah kekuasaan Allah dan kasih sayang-Nya. Maka bertaqwalah kepada-Nya dan taatilah perintah-perintah-Nya”. Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW berwasiat, “Wahai segenap umat manusia, api neraka sudah dinyalakan, fitnah-fitnah telah datang seperti datangnya malam yang gelap. Demi Allah, kamu tidak akan berpegang kepadaku dengan suatu apa pun. Sesungguhnya aku tidak pernah menghalalkan sesuatu melainkan apa yang dihalalkan oleh Al-Quran, dan tidak pula mengharamkan sesuatu melainkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran”.
Abu Bakar tersedu sedan sementara Umar bin Khattab menahan nafas dan tangis hingga dadanya naik turun. Sedangkan Utsman bin Affan menghela nafas panjang, dan Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala dalam-dalam. Dalam hati semua sahabat berkata, “Rasulullah akan meninggalkan kita.”
Lelaki agung itu hampir selesai menunaikan tugasnya. Tanda-tanda itu semakin nyata, sehingga dengan tangkas Ali dan Fadhal segera tampil membantu Rasulullah turun dari mimbar. Sangat perlahan kerana lemah.
Segera setelah itu baginda dipapah untuk kembali pulang ke rumah kediaman. Sejak itu baginda tidak mampu lagi bangkit dari tempat tidur. Keadaan baginda semakin teruk, sampai-sampai kain pengikat baginda pun terasa panas. Panas yang sangat tinggi menyebabkan  baginda sering tak sedarkan diri.
Melihat keadaan ayahandanya, Sayyidah Fatimah RA terus menangis, “Ya Allah, alangkah berat penderitaan ayahku. Alangkah beratnya, ya Allah….”
Mendengar tangis puteri kesayangannya itu, Rasulullah SAW sempat bersabda, “Bersabarlah anakku sayang. Tidak ada lagi penderitaan ayahmu sesudah hari ini…” Nabi SAW berusaha menghibur puterinya agar tidak bersedih hati. Namun sabda baginda itu juga merupakan pertanda bahwa tinggal pada hari itu baginda merasakan penderitaan. Dan setelah itu, meninggalkan keluarga dan segenap kaum muslimin.
Tepat pada waktu dhuha, datanglah Malaikat Izrail yang diutus oleh Allah Taala untuk menjemput Rasulullah SAW. Perintah Allah Taala kepada Izrail, “Masuklah kalau diizinkan olehnya. Kalau tidak, kembalilah engkau kemari. Berangkatlah dan muncullah di hadapannya dalam wujud seorang lelaki yang sopan dan rapi." Maka muncullah Malaikat Izrail sebagai seorang lelaki berpakaian putih-putih dengan aroma yang harum mewangi.
“Assalamualaikum, wahai penghuni rumah kenabian….”
“Wa’alaikumussalam. Maaf Rasulullah sedang payah. Datanglah lain kali,” jawab Sayyidah Fatimah RA.
“Assalamu'alaika, ya Rasulullah. Salam sejahtera untukmu selamanya. Bolehkah saya masuk?” ujar Izrail lagi.
Mendengar salam khusus itu, Nabi membuka mata baginda lalu bertanya kepada Fatimah, “Anakku, ada tamu ya? Siapa yang berada di pintu, hai Fatimah?”
“Seorang lelaki yang bersih sopan, rapi, dan wangi. Ia memanggil-manggil ayah dan minta izin untuk masuk. Saya ucapkan, Ayah sedang sakit. Saya minta dia untuk kembali lain kali.”
Tiba-tiba Nabi SAW memandangi puteri tercintanya itu dengan tatapan yang menembus jauh, dengan cahaya pekat yang mengabut.
Sayyidah Fatimah RA menggigil kerana hatinya tergetar
“Izinkan tamu itu masuk, Fatimah. Tahukah engkau siapa dia, anakku?” sabda Rasulullah SAW.
“Tidak”
“Dialah penjemput kenikmatan, pemutus nahsu syahwat, dan pemisah pertemuan. Dia adalah malakul maut.”
Sayyidah Fatimah RA terkejut, “Ayahanda, jadi mulai hari ini aku tidak akan lagi mendengar suaramu dan memandang wajah jernihmu?” Sayyidah Fatimah menangis.
"Jangan bersedih dan menangis, jantung hatiku. Engkau adalah keluargaku yang mula-mula akan bersamaku di hari kiamat,” sabda Rasul SAW
Mendengar itu, barulah Sayyidah Fatimah RA lega.
“Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Tanya Nabi.
“Aku datang untuk berziarah, juga menjemput Tuan jika Tuan mengizinkan. Tetapi kalau tidak aku akan kembali.”
“Engkau datang sendirian? Dimana engkau tinggalkan Jibril?” Tanya Nabi sambil tersenyum.
“Aku tinggalkan dia di langit kedua bersama para malaikat lainnya.”
“Panggil dia.”
Jibril tergagap. Maka Malaikat JIbril pun turun ke bumi, menuju rumah kediaman Rasul, lalu duduk disebelah kepala Rasulullah SAW.
Beberapa saat Nabi memandangi Jibril, lalu dengan sayu baginda bersabda, “Jibril, mengapa melambatt-lambatkan? Tidakkah engkau tahu saat yang dijanjikan itu hampir tiba?
“Beri tahu aku bagaimana hakku di hadapan Allah nanti.” sabda Nabi lagi.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat berbaris berlapis-lapis menunggu kehadiran ruh Tuan, seluruh gerbang syurga terbuka sebagai persemayaman Tuan.”
Namun wajah Nabi tetap suram dan gelisah. Lalu sabdanya lagi, “Jibril, bukan berita itu yang kuinginkan. Beritahu aku, bagaimana umatku besok di hari kiamat.”
Maka dengan tenang Jibril menjawab, “Ya Rasulullah, Allah Taala berfirman, "Aku haramkan syurga dimasuki oleh para nabi sampai engkau, Muhammad, masuk terlebih dahulu. Dan aku haramkan umat para nabi masuk ke dalamnya sampai umatmu, Muhammad, masuk terlebih dahulu?.”
Mendengar jawapan itu, barulah wajah Nabi berseri-seri. “Alhamdulillah. Kalau begitu hatiku tenang, wahai Jibril.” Baginda merasa tenteram, kerana kaum muslimin mendapat hak dan tempat istimewa di hadapan Allah SWT. Bibir baginda yang sudah pucat itu menyunggingkan senyum. Senyum istimewa itu juga baginda tujukan kepada Malaikat Izrail ketika baginda mempersilakan sang Pencabut Nyawa itu melaksanakan tugasnya.
Pada waktu yang sama suasana gundah gulana. Angin kota Madinah yang meniupkan hawa dingin tapi kering tambah dalam menusuk tulang. Sejengkal demi sejengkal matahari pun semakin meninggi ketika Malaikat Izrail merancang untuk mencabut nyawa Rasulullah SAW.
Penderitaan Nabi SAW semakin hebat ketika nyawa baginda, yang dicabut oleh Izrail dengan sangat perlahan dan lembut, sampai di pusat. Dahi dan sekujur wajah baginda terpercik peluh. Urat-urat di wajah beliau tegang dari setiap saat. Sambil menggigit bibir, Nabi SAW berpaling ke arah malaikat Jibril. Mata Rasulullah SAW basah, cahayanya pun semakin meredup. “Ya Jibril, betapa sakitnya! Oh, alangkah dahsyatnya derita sakaratul maut ini.”
Sayyidah Fatimah RA memejamkan mata, sementara Ali bin Abi Thalib, yang berada disamping Rasulullah SAW, menundukkan kepala, sedangkan Malaikat Jibril memalingkan muka. “Ya Jibril, mengapa engkau berpaling? Apakah engkau benci melihat wajahku?” tanya Rasulullah SAW. “Sama sekali tidak, ya Rasulullah. Siapakah yang sanggup menyaksikan Kekasih Allah dalam kedaaan seperti ini? Siapakah yang sampai hati melihat Tuan kesakitan?” jawab Jibril tersekat-sekat.
Rasa sakit itu sampai ke kemuncak dalam keadaan sakit tidak tertahankan itu baginda berdoa, “Ya Allah, alangkah sakitnya! Ya Allah, timpakanlah sakitnya maut ini hanya kepadaku, jangan kepada umatku.”
Mendengar sabda Rasulullah SAW itu, Jibril tersentak. Betapa agung peribadi Rasulullah SAW. Dalam detik-detik paling genting dan menyiksakan, bukan kepentingan diri sendiri yang dimohonkan, melainkan kepentingan umatnya. Andai baginda memohon agar rasa sakit itu dicabut, pasti Allah SWT mengabulkannya. Namun baginda lebih memilih kesakitan agar derita itu tidak menimpa umatnya.
Ketika Jibril menyedari keadaan di sekelilingnya, Izrail sudah dengan sangat santun menarik nyawa Nabi SAW sampai di dada. Maka nafas baginda pun mulai sesak. Rasa sakit semakin hebat. Ketika itulah, lelaki agung itu menoleh ke arah sahabat-sahabatnya, lalu bersabda dengan suara lirih dan pandangan sayu, “Ushikum bishsembahyangi wa ma malakat aimanakum (Aku wasiatkan kepada kamu untuk mendirikan sholat, dan aku wasiatkan kepada kamu orang-orang yang menjadi tanggungan kamu).”
Sejenak kemudian, keadaan Rasulullah SAW bertambah genting. Para sahabat saling berpelukan lantaran tidak kuat menahan pilu. Dan ketika itulah tubuh Nabi SAW mulai dingin. Hampir seluruh bahagian tubuh baginda tidak bergerak-gerak lagi. Mata baginda berkaca-kaca dan menatap lurus ke langit-langit hanya sedikit terbuka.
Menjelang akhir hayat baginda, Ali bin Abi Thalib melihat Nabi SAW dua kali menggerak-gerakkan bibir beliau yang sudah membiru. Maka Ali pun cepat-cepat mendekatkan telinganya ke bibir Nabi. Dia mendengar Nabi SAW memanggil-manggil, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).” Dengan memanggil-manggil umatnya inilah, Rasul Akhir Zaman itu wafat di pangkuan isteri tercinta, Sayyidah Aisyah RA, pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal 11 Hijrah, bertepatan dengan tarikh 3 Juni 632 Masehi, dalam usia 63 tahun.
Maka meledaklah tangis para sahabat. Sang kekasih Allah telah wafat, membawa cinta yang agung, cinta kepada umat, hingga akhir hayat. Bahkan dibawanya sampai Padang Mahsyar. Ketika nyawa sudah sampai penghujung. Pemimpin Besar dan Pencipta Peradaban itu bukan mengkhawatirkan keluarganya, melainkan memprihatinkan umatnya. “Ummati, ummati….”
Sesaat sebelum wafat, sebagaimana tercatat dalam Shahih Bukhari, Rasulullah SAW masih sempat berwasiat dan menghibur umatnya. Beliau bersabda, “Wahai umatku, kamu akan melihat hari yang tidak kamu sukai, iaitu perpecahan dan fitnah dari berbagai musibah yang akan datang. Akan tetapi hendaklah kamu bersabar sampai berjumpa denganku di Telaga Haudh kelak…”
Sementara itu, dari sumber kitab Shahih Bukhari diriwayatkan, pada Isnin subuh itu Nabi SAW merasa keadaannya mula bertambah baik. Maka ketika mendengar azan, beliau memutuskan untuk pergi ke masjid sekalipun keadaannya masih lemah. Ketika baginda masuk masjid, sembahyang sudah dimulai. Para sahabat pun menjerit, mengucapkan, “Subhanallah, subhanallah”, pertanda gembira dan bersyukur menyaksikan keadaan kesihatan junjungan mereka yang mulai membaik.
Begitu melihat Nabi datang, para sahabat hampir membatalkan sembahyang. Namun, beliau memberi isyarat agar mereka meneruskannya.
Sejenak baginda berdiri menatap mereka dengan bahagia. Wajahnya berseri-seri menyaksikan ketaatan umatnya. Sampai-sampai Annas bin Malik berkata, “Belum pernah aku melihat pandangan yang lebih menakjubkan dari wajah Nabi SAW (ketika itu).” Kemudian beliau tersenyum. Abu Bakar Ash-Shiddiq, yang menjadi imam sembahyang, menyedari apa yang terjadi di belakangnya. Yakni, pasti Rasulullah SAW ada di masjid. Maka tanpa menoleh, ia pun mundur. Tetapi, Nabi segera memegang belakangnya dan mendorongnya agar terus sebagai imam, sementara Nabi SAW sembahyang di sebelah kanan Abu Bakar dalam kedudukan duduk.
Selesai sembahyang, Nabi kembali ke rumah Sayyidah Aisyah RA dipapah oleh Fadlal dan Tsawban, sementara Ali dan Abbas mengikuti dari belakang. Sampai di rumah, Nabi SAW kembali ke tempat tidur, berbaring di pangkuan isteri tercintanya itu. Dan ternyata, sembahyang subuh tadi adalah yang terakhir kali Nabi SAW sembahyang berjamaah dengan para sahabatnya. Ketika itulah segenap kekuatan Nabi SAW melemah.
Saat Abdurrahman bin Abu Bakar masuk ke dalam kamar sambil membawa siwak (sikat gigi dari kayu arak), Sayyidah Aisyah RA melihat Nabi SAW sepertinya menginginkannya. Maka ia pun meminta siwak itu, membersihkannya, lalu memberikannya kepada ayahanda tercinta. Lalu beliau pun membersihkan gigi dengan cekatan, sekalipun keadaannya cukup lemah. Tidak lama kemudian kesedaran Rasulullah SAW hilang. Sayyidah Aisyah RA mengira beliau tengah menghadapi sakaratul maut. Tapi, sekitar satu jam kemudian, beliau membuka mata. Sayyidah Aisyah RA teringat Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun yang dicabut nyawanya sebelum ia ditunjukkan tempatnya di syurga.” Sayyidah Aisyah RA pun faham, inilah saat sakaratul maut itu.
Sejenak kemudian, Nabi SAW bersabda dengan suara bergumam, “Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, shiddiqin, syuhada, dan orang-orang shalih. Mereka itulah sahabat yang paling baik.” – Surah An-Nisaa (4): 69. Setelah itu, beliau kembali bergumam, “Ya Allah, aku memilih bersama Yang Maha mulia.”
Setelah itu, kepala Nabi SAW beransur-ansur terasa bertambah berat di pangkuan Sayyidah Aisyah RA, sehingga para isteri yang lain menangis. Sayyidah Aisyah RA lalu membaringkan kepala beliau di bantal, kemudian menangis bersama isteri Nabi SAW yang lain.
Dalam Sahih Bukhari dikisahkan, begitu mendengar Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar As-Siddiq berlari menuju rumah kediaman Sayyidah Aisyah RA. Namun jasad Nabi SAW telah membujur kaku. Ketika menyingkap kain yang menutup tubuh Nabi SAW, ia menangis sambil memeluk wajah Sang Rasul. Saat memandikan jenazah Rasulullah, Ali bin Abi Thalib berkata, “Wahai Rasulullah, ketika hidup, Tuan semerbak mewangi. Ketika wafat pun, tubuh Tuan tetap wangi.”
Ya… Rasulullah SAW, dan syariatnya, tetap akan selalu semerbak mewangi sampai hari kiamat.
Wassalam

Sumber : Kisahteladan



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Siapa Kata Kerja Guru Ni Senang!

Cik Zara | 01:44 | 7Comments |
Assalamualaikum

Guru sebagai pendidik
Guru sebagai pentadbir
Guru sebagai kerani
Guru sebagai office boy/girl
Guru sebagai baby sitter

Guru kerja lebih masa satu dunia buat tak tahu..
TAPI
Bila guru rotan murid satu dunia diheboh-hebohkan

Bukan mengeluh tapi itu hakikatnya pada abad-21
::Yang melihat tak akan sama dengan yang menanggung::

Wassalam


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Tak Nak Tapak Sireh. Boleh Ke??

Cik Zara | 03:59 | 16Comments |
Assalamualaikum

Hadiah dari inchik google

Nak pendapat korang baik yang dah berpengalaman atau belum berpengalaman. Kalau hantaran tunang boleh ke kalau tak bagi tapak sireh? Kalau dua-dua belah pihak tak kasi tapak sireh boleh tak?

Harap ada yang sudi tolong jawab ^____^

Wassalam


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Segmen : Gadis Blogger DSLR

Cik Zara | 21:34 | 14Comments |
Assalamualaikum

klik untuk join

nickname: cik zara
Tudung: merah
Baju: coklat

Tag
http://letsgorgeus.blogspot.com/
http://tuanaskalani.blogspot.com/

Wassalam


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Di 'Review' Oleh SimpleSyara

Cik Zara | 06:40 | 2Comments |
Assalamualaikum

Tq Syara!!!
Tq jugak sebab promote page


Nak baca klik SINI

Wassalam 



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Homemade Mushroom Soup

Cik Zara | 07:11 | 14Comments |
Assalamualaikum

Hadiah dari incik google

Hari ni sebab terlalu rajin nak kongsi dengan korang satu resipi yang I cipta sendiri dan adik-adik pun suka makan makanan ni tapi tak boleh lawan la dengan Pizza Hut. Masa makan sup ni Adam dan siap komen yang dekat Pizza Hut lagi sedap. Sabo jelah! Otak dah terbayang-bayang mushroom dari Pizza Hut tapi malas nak pergi. Cara senang buat sendiri je tak perlu susah nak bersiap cantik-cantik, cari parking lagi dan dah tahu memang susah nak dapat parking dekat Pizza Hut. Semua bahan pun dah ada kat umah jadi masukkan je dah siap.

Kita mulakan dengan bahan yang diperlukan:
1 kotak krim cendawan (campbell's) - dibancuh dengan air panas
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air sejuk)
2 ulas bawang merah (hiris halus)
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 tin cendawan butang (hiris)
1 camca besar mentega
1 tangkai daun sup (hiris)
1 kiub pati ayam
1.5 liter air
Garam / gula

Mulakan memasak dengan kalimah bismilah, hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang baru masakan jadi sedap.

Gunakan api yang paling kecil. Panaskan mentega, masukkan bawang merah dulu baru masukkan bawang putih sebab bawang putih cepat hangit. Dah naik bau masukkan krim cendawan yang dah dibancuh tadi. Biarkan mendidih. Masukkan air biarkan mendidih lagi. Masukkan kuib pati ayam. Masukkan cendawan butang  biarkan masak dan mengelegak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tapi sebelum masukkan bahan perasa hendaklah rasa terlebih dahulu sebab krim cendawan ni dah masin takut terlebih masin pulak. Dah pekat masukkan tepung jagung yang dah siap dibancuh. Sambil tuang tepung jagung teruskan mengacau. Kacau sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai. Tak perlu terlalu pekat dan tak perlu terlalu cair. Tutup api masukkan daun sup dan kacau sebati. Siap!

Boleh makan macam tu je atau dicicah dengan roti kosong seperti roti bawang putih, roti perancis dan roti keping yang dalam plastik tu. Amaran!! Roti berinti dan berkrim tidak sesuai dimakan bersama sup cendawan ni tau. kalau nak rasa pedas masukkan lah serbuk lada sulah.

Okay,
Selamat mencuba, sebarang pertanyaan boleh tanya pada ruangan komen k.
^____^




Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Elianto: Fionatto Blusher & StayOn Eyeliner

Cik Zara | 05:52 | 17Comments |
Assalamualaikum

Blog dah lama tak updated enrty baru. Sebab musabab tak pasti, mungkin busy dengan aktiviti di sekolah, dirumah, di kedai dan persiapan teeett! Banyak sangat updated pasal segmen dan GA sebab adik dan kakak blogger sangat rajin buat segmen dan GA. Ramai rakan blogger yang invite dan tag mungkin ada segelintir segmen atau GA yang tak dapat join. Maaf dipinta.

Sekarang nak review produk dari Elianto.

Sumber dari incik google
Sumber dari incik google

Sepanjang I menggunakan produk ni kesannya sangat best. Dengan nama Fionatto Blush dan seberat 4.5 g ini mempunyai warna yang tahan lama pada pipi. Mungkin ada sesetengah orang tidak begitu mengemari blusher jenis ini sebab blusher ini seakan mempunyai sparkle. 
Mulanya masa nak beli tu dah pilih dah warna yang I suka lepas tu salesgirl kat situ cakap warna yang I pilih tu tak sesuai dengan kulit. Dia suruh I senyum, k buat macam yang dia suruh dan terus je die cadangkan warna yang sesuai dengan I. Sebetulnya dalam hati ni tak berapa nak berkenan dengan warna yang salesgirl tu pilihkan. Dia pilihkan warna bernombor 03 tangerine. Balik rumah try pakai dan rasa macam sesuai je. Kadang-kadang tak pakai bedak pun I pakai blusher ni terus. Sebab sesuai sangat dengan kulit I.
Harga I dah lupa tapi rasanya RM 20 ke atas atau lebih. Sebab dah lupa. Huhu.

Seterusnya Elianto StayOn Eyeliner pencil adalah salah satu perkara harus I pakai bila keluar dari rumah. Tapi kalau datang penyakit M langsung tak pakai. Eyeliner ni sangat best dan tidak akan meyebabkan mata menjadi comot sekiranya berpeluh sebab agak kalis dengan air. Tapi kalau tenyeh-tenyeh dengan air hilang jugak lebih-lebih lagi bila time nak solat wajib ada sesi tenyeh menenyeh ni.

Sumber dari incik google

Harga dalam RM 20 ke atas juga sebab lupa harga sebenar dia lagi pun time beli tu ada promosi beli satu percuma satu. ^____^


Wassalam

Label: seputih kilauan mutiara, hari wangi sedunia



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

SIMPLE GA BY ANIS NAJIHA

Cik Zara | 01:28 | 6Comments |
Assalamualaikum
klik banner
Syarat yang sangat senang
Hanya perlu buat entry
Wassalam

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Segmen Follow April Hingga Disember 2012 By Cik Akak Omei

Cik Zara | 07:00 | 14Comments |
Assalamualaikum

klik banner okay!

Segmen yang paling senang dan sempoi!!!!
Harus join dan follow bagi yang belum ^____^

Ucapan untuk Cik Akak : Semoga berjaya akak!!!

Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013

Nak Tag walaupun cik akak tak suruh. Heheh
http://www.mialiana.com/
http://www.nieyxzha.com/
http://www.kisahemasputih.com/
http://www.cikfie.com/

Wassalam
^____^



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Segemen Saya nak Di bloglisted by Cik Misya

Cik Zara | 04:27 | 5Comments |
Assalamualaikum

klik baneer untuk join

Dah pernah follow Cik Misya sebelum ni.
like Page ke 178#

Tag:  http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/

Wassalam



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Review Bloglist Terung

Cik Zara | 05:19 | 8Comments |
Assalamualaikum
Review blog daripada bloglist Cik Zara. Disebabkan tidak berkesempatan untuk review sekarang I akan review blog yang join bloglist I SINI
I pilih kumpulan bloglist terung
Blog yang sangat simple dan yang pasti berwarna biru. Suka! Semua dah sempurna dan tidak ada apa yang perlu dibaiki. Yang penting ada gajet followers dan cbox. Sebenarnya tu yang penting dalam dunia blog dan I yakin semua orang tahu tentang ni. Sangat suka blog ni dan paling suka kata-kata pada header tu. Sangat tersentuh di hati. ^___^ Jom follow ramai-ramai dan boleh juga like page Adam faiz. Untuk terjah sila klik header di atas.

Blog berwarna hijau! Suka juga! Sebab hijau tenang lagi mendamaikan. Bila tengok warna hijau hati pun rasa tenang. Tak percaya? Cuba korang tengok pokok-pokok di sekeliling korang. Akan dapat rasa satu perasaan yang sangat tenang dan mendamaikan. Sebab I selalu buat macam tu. Blog Atirah dah cantik dan tak ada apa untuk dikomen. Cantik! Thumbs Up! Klik header untuk ke blog Atirah.

Aenn selalu tag I join segmen sebab dia rajin join segmen dan GA. Rajin betul Aenn ni kan? Semoga setiap segmen dan GA yang Aenn join bertuah. sebenarnya nama Aenn ni sama dengan nama kawan I. Nama dia Noraini tapi panggil Ain. Bila tengok nama Aenn teringat dia walaupun ejaan nama Aenn dengan Ain tak sama tapi cara sebut sama je. Hehe. Blog Aenn sangat simple dan cantik dengan kombinasi grey dan hitam biasanya warna ni digunakan oleh lelaki tapi bila perempuan yang guna nampak sweet dan comel je. Tak percaya? Boleh klik header kat atas ni. Semua gajet ada dan lengkap. ^___^

Tak cakap pun mesti korang kenal blogger ni kan? i suka tengok pic dia sebab pipi dia yang pinky tu. Nampak comel je. Okay, kita teruskan review blog Emas putih yang lebih suka digelar Uzu. Blog ni secara keseluruhan memang cantik dengan warna pink. I selalu juga lepak di blog ni tapi lebih suka jadi silent reader. Uzu selalu updated pasal isu-isu semasa dan juga segmen sendiri yang dianjurkan bersama sponsor. Selain tu, entry berkaitan dengan tutorial, tips dan doodle pun banyak. Blog ni memang cantik! Klik header k untuk ke sana.


Okay, blogger ni pun mesti korang kenal juga kan? Selalu tengok dia join segmen, GA dan Contest serta jadi sponsor kepada segmen. Dulu kalau tak silap blog Cik Fie berwarna pink sekarang dah tukar kepada biru. cantik jugak. Blog ni pun simple je n cepat loading. Klik header untuk terjah.

Okay, blog ni sangat simple dengan headernya yang juga simple. Background macam disko.Hehe. tapi okay dengan header dia yang simple. Nama owner blog ni sebijik sama dengan nama adik ketiga I cuma berbinti je yang lain. Walaupun background yang berkelip-kelip dan cursor yang ada donat-donat jatuh sikit pun tak melembabkan loading blog ni. Kuih donat yang jatuh dari cursor tu macam sedap pulak. boleh klik header untuk ke sana. ^___^

Blog ni berwarna biru! suka! Blog simple dan tak sangka rupanya owner blog ni dah dapat result STPM tahun ni. I ingatkan baru tingkatan 2 atau 3 sebab pic pada header nampak macam budak-budak je. Kalau tak kerana entry dia yang terbaru ni agaknya tahun-tahun selepas ni I masih ingat dia budak-budak lagi. Semua tentang blog ni dah cantik tapi bagi I ada satu yang kurang sebab tak ada gajet followers. I tahu ramai yang tak suka dengan gajet followers yang nampak semak dengan muka-muka orang tapi sebenarnya yang tulah yang bloggers tercari-cari bila nak follow blog blogger lain. Itu Pendapat I lah. Klik header untuk terjah!
Okay blog budak sekolah ni blogger dia sangat rajin buat segmen dan sekarang ni segmen tu masih lagi berlangsung sehingga 25/3. klik header sekirangnya korang nak join. Blog yang sangat simple dengan semua gajet yang diperlukan ada dengan teguhnya pada sidebar blog. Kalau boleh adik center kan header tu baru nampak lagi kemas dan cun. 

Blog Ninaa sangat cantik dengan kombinasi pink dan biru, tapi header Ninaa ni memang tak ada title ya? Simple sangat blog ni dengan semua gajet wujud dengan cantiknya. Tak ada apa yang perlu diubah sebab dah cantik. Sila kilik header untuk ke blog Ninaa.

Cantik sangat header ni dengan warna-warni macam pelangi. Cantik! Sesuai dengan background pink dan menonjolkan lagi header tu. Tak ada apa yang boleh di komen sebab cantik sangat! klik untuk terjah!

Okay, sampai disini je I dapat review blog dari bloglist terung. Maaf sekiranya terkasar bahasa, terguris hati dan terasa hati. I menaip berdasarkan apa yang I lihat.

Wassalam
Okay, esok ada kelas tambahan SPM.
^____^


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI

Cik Zara | 17:49 | 10Comments |
Assalamualaikum

Tu hadiah



NAK JOIN? KLIK NI www.danielzaidi.com


Ni Syarat-syarat:
1. Buat simple entry dengan tajuk "GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI"
2. Letak link blog www.danielzaidi.com kat entry anda
3. Tinggalkan link entry anda kat bahagian comment entry giveaway ni...

Seorang (1) akan memenangi ketiga2 FM dari ketiga2 destinasi...

12 orang lain akan menang salah satu FM tersebut...


*Ini adalah lucky draw, pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem berkomputer....

*tarikh tutup penyertaan adalah 3/4/2013

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akak

Cik Zara | 16:54 | 8Comments |
Assalamualaikum

klik banner untuk join

Haaa, jom join ramai- ramai

Walaupun akak tak suruh tag, zara nak tag jugak. ^___^

http://furrasbubblynotes.blogspot.com/
http://tomatobey.blogspot.com/

Wassalam
Semoga berjaya kak!!
^___^



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

1st Giveaway by LINA'S JOURNEY

Cik Zara | 16:30 | 3Comments |
Assalamualaikum

SAYA SUDAH, ANDA BILA LAGI. SYARAT PUN SENANG JE.
JOM JOIN RAMAI-RAMAI

 

hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari
klik banner untuk join


 

senarai hadiah:
2 helai A dan 2 helai B
1 hadiah misteri

giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013

syarat:
  • Blogger Malaysia
  • follow blog LINA'S JOURNEY dan like fanpage BLOG LINA'S JOURNEY
  • buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • tinggalkan link entry anda di kotak komen

apa yang penting!
  •  pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL
  • giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta
  • peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

1st Give Away Love LIMITED EDITION By CCI

Cik Zara | 23:40 | 8Comments |
Assalamualaikum

klik banner untuk join

Mula-mula masuk dalam rumah Cci ni, wow!! Cantik sangat! Rasa macam tak puas tengok.

Tarikh luput : 7/4/2013

Wassalam



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

#1 GIVEAWAY by... Ariesha Safri

Cik Zara | 17:46 | 3Comments |
Assalamualaikum

klik banner untuk join

tarikh luput 23/4/2013

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Give-Away Pertama By Diary Oren !

Cik Zara | 00:18 | 5Comments |
Assalamualaikum

klik banner untuk join

 -Syarat yang sangat senang!!

Wassalam


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

segmen Bloglist Penggal Ke-2 & Review Blog

Cik Zara | 00:12 | 0Comments |
Assalamualaikum

klik banner untuk join

Wassalam



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Chantek Dress Special Anniversary Giveaway!

Cik Zara | 03:22 | 0Comments |
Assalamualaikum

JOM JOIN RAMAI-RAMAI DAN SOKONG CHANTEK DRESS GIVEAWAY

I tak pernah shopping di Chantek Dress jadi tak adalah gambarnya. ^___^. Tapi I sangat berkenan dengan baju dan dress yang ada dalam page Chantek dress terutamanya peplum. Ohh! Sangat memikat hati. Terasa seperti mahu shopping semuanya. Semua cantik dan lawa. I selalu tengok dan usha-usha je dekat page yang jual dress peplum. Nak beli belum berkemampuan lagi. Tapi dalam hati dah tekad satu hari nanti nak beli jugak peplum ni. Huhu. Okay, kalau korang berminat untuk join boleh klik pada banner di bawah. Serius I cakap memang cantik dan lawa semuanya. 

klik untuk join

klik untuk join


Syarat syarat penyertaan.

1. Like facebook chantekdress (LINK FB CHANTEKDRESS)
2. Peserta hanya boleh menyertai salah satu sahaja, samaada melalui Facebook, atau melalui blog.


Bagaimana nak menyertainya?

Kategori Blog

1. Mula - mula, letak banner chantekdress di blog masing-masing. Make sure ada link ke blog chantekdress ya.
2. Buat satu entry bertajuk "Chantek Dress Special Anniversary Giveaway!"
3. Dalam entry tu, mula-mula copylah semua syarat penyertaan, banner, hadiah, info. Kemudian, story lah apa-apa tentang chantekdress. Sekiranya anda pernah membeli baju dari chantekdress, letakkan sekali gambar anda memakai baju tersebut dan itu akan dikira sebagai BONUS!
4. Selepas itu, hantarkan link blog (link entry GA) anda melalui email,chantekdress@gmail.com atau boleh comment pada link ini. Tetapi saya nasihatkan anda email sebab saya nak tahu butir-butir peribadi seperti nama dan phone number.  Sekiranya tiada butir peribadi, penyertaan anda akan terbatal.



Kategori Facebook

1. Post satu status bertajuk "Chantek Dress Special Anniversary Giveaway!", disertakan dengan gambar dan link blog chantekdress (http://chantekdress.blogspot.com/)
2. Dalam status tu, mula-mula copylah semua syarat penyertaan, banner, hadiah, info. Kemudian, story lah apa-apa tentang chantekdress. Sekiranya anda pernah membeli baju dari chantekdress, letakkan sekali gambar anda memakai baju tersebut dan itu akan dikira sebagai BONUS!
4. Selepas itu, copy atau printscreen status yang anda buat, dan hantarkan gambar print screen melalui email, chantekdress@gmail.com  . Sila sertakan butir peribadi anda. Sekiranya tiada butir peribadi, penyertaan anda akan terbatal.

Berikut ialah contoh print screen yang kami mahukan



Hadiah - Hadiah


Ok, kami akan berikan hadiah mengikut kategori. 

Hadiah untuk kategori blog

1. Tempat pertama - Dress bernilai RM85, fashion belt, Key Chain, satu hadiah misteri
2. Tempat kedua - Dress bernilai RM85 dan fashion belt
3. Tempat Ketiga - Dress bernilai RM60 dan fashion belt
4. Tempat keempat - Dress bernilai RM50
5. Tempat kelima - Fashion belt dan keychain


Hadiah untuk kategori facebook

1. Tempat pertama - Dress bernilai RM85 and fashion belt
2. Tempat kedua - Dress bernilai RM60
3. Tempat Ketiga - Dress bernilai RM50
4. Tempat keempat - Fashion belt dan keychain
5. Tempat kelima - Fashion belt


Tahukah anda, kenapa untuk kategori facebook, hadiahnya agak berbeza dengan kategori blog? 
Sebabnya, tidak semua orang boleh lihat status yang anda postkan.. Jadi, hadiah pun limited la.. hehe.

Hadiah mungkin akan ditambah dan diupdate dari masa ke semasa.



Bagaimana pemenang dipilih??


1. Pemenang dipilih berdasarkan entry yang menarik dan cabutan bertuah, juga top referring URL! 



Senangkan nak join GA ni?? Apa lagi, jom lah join!! :)


Bila start GA dan tamat GA??


Tarikh mula pada 11 March 2013 dan akan berakhir pada 1 April 2013..

Wassalam


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci