Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Nak Kawen??

Cik Zara | 08:47 | 9Comments |
Assalamualaikum
Hadiah kawen dari incik google
Tidak!! umur dah 25 tapi bujang trang tang tang lagi. Bila nak kawen ni? Kawan sekolah, kawan fb, jiran sebelah rumah, jiran  kampung sebelah pun dan sibuk bertanya. Hoho. Tak ada jawapan untuk soalan tuuu cik kak oiiii!!
Rasa tak percaya pun ada umur dah banyak ni, dulu masa darjah satu tengok abang dan kakak darjah enam rasa macam dah besar sangat dah tu. Tapi bila dah sampai darjah enam macam tak ada pape pun. 
Lepas tu sampai tingkatan satu tengok pulak abang dan kakak senior rasa macam dunia tu dorang yang punya. Bila diri sendiri dah jadi super duper senior pun masih rasa yang bumi ni masih lagi berputar pada paksinya. 
Masuk universiti, sembang-sembang dengan abang akak senior terpikir boleh ke aku belajar sampai grad ni? Dahlah semua subjek macam tak pernah belajar je semua kena cari information sendiri kerja rumah a.k.a assinggment amatlah susah. Tak boleh copying macam sekolah. Cikgu bagi kerja rumah hari ni pagi- pagi buta esok datang sekolah mintak buku kawan. Mesti korang macam tu jugak. Haha. Habis sangat kena berdiri atas kerusi je ni terus kena tendang dari uni. Kejamkan? 
Pejam celik akhirnya grad jugak walaupun kadangkala rasa macam tak sanggup nak hadapi bile dah akhir semester. Pun rasa macam masih kecik sebab baru grad dan tak kerja lagi. Haha.
Bila dah pandai pegang duet sendiri dah pandai pergi majlis kawan kawen, dah pandai bawa hadiah bila kawan kawen. 
Pandai tengok sesi photograhphy kawan kawen. Terasa diri ni nak kawen pulak. Haha, gatai noh cek ni! Normal lah kan sebab kita makin membesar. Dah masuk tahun baru ni baru terfikir nak simpan duet nak kawen sebab umur dah makin lanjut. Teruk! Awal-awal tak nak simpan dah tua baru nak simpan kan dah lambat kawen. Haha
Last word.. Happy New year uolls!!
Wassalam ^___^

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Big Love With Big Hug

Cik Zara | 02:09 | 7Comments |
Assalamualaikum
Kali ni I cuba buat love dalam saiz yang besar dan tak pernah buat lagi sebesar ni.
Nak tengok?

Buat ni sebab permintaan sepupu i yang nak kawen tahun depan. Mulanya dia nak dalam 200++ pcs. Memandangkan masa dah tak cukup dan i pun tak sanggup nak buat sebab dah dalam kategori terlambat. Hehe. 
So, dia request buat dalam saiz yang besar dari biasa yang i buat. Katanya nak letak dalam hantaran dia. Dia request dua biji love.


Tapi rasa macam tak puas hati je. sebab bentuk tak berapa nak cantik. Kalau dah diri sendiri tengok tak cantik apatah lagi orang lain kan? So, I kena buat lagi ni kena practice lagi buat. Hoho.



Apa? Ketinggian dan lebar love ni berapa? Em, Ketinggian 9.5cm manakala lebar 12cm. Agak besar jugak tapi korang x boleh peluklah. Nak hias atas meja study bolehlah. 


Lagi syok kalau love ni hadiah daripada orang yang kita sayang. Pakwe ke, eh! tak semestiknya pakwe tau, boleh jadi mak ayah, adik, kakak, abang or bff korang. Nak belajar pun rasa semangat je. Tengok buku terus jatuh cinta dan nak masuk meminang buku tu. Hehe





Dah puas tengok? I tak puaslah rasa nak pegang je selalu walaupun sendiri buat.
Ok, See Yaa!!


 
p/s: Ni la dua biji love saiz yang sebenar

CODE TEMPAHAN: BIG LOVE (P11)
Wassalam  ^____^

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Masak Masin Nak Kawen??

Cik Zara | 07:31 | 2Comments |

Assalamualaikum

Hoho, bukan i yang nak kawen ye tapi orang lain yang nak kawen dan yang penting bukan bertunang juga. Tak cukup umur lagi ni. Kononnya. Haha. Dulu arwah mak selalu cakap masa dia sebaya dengan i dah dapat i sorang. Dan itu dulu, anak dara mesti kawen awal dan sekarang anak dara dah bekerjaya dan boleh berdikari sendiri.


 Masa kecik-kecik dulu kalau tengok drama melayu mesti ada je dialog "Anak dara kalau masak masin mesti dah nak kawen". Betul ke? Orang-orang tua pun cakap benda yang sama. Dan dulu juga I percaya bulat-bulat sebab masa tu akal tak berapa nak panjang lagi. Ingat apa orang cakap mesti betul dan percaya je.


Bila akal dah panjang dah boleh fikir itik dan ayam tak boleh berkawan sekali baru tahu apa maksud disebalik kata-kata tersebut. Biasalah orang dulu-dulu penuh dengan adab sopan dan tatsusila yang tinggi. Cakap berlapik-lapik, perli dan mengata pun dalam nada suara yang rendah dan masih boleh senyum-senyum dan bergurau. 


Pada pandangan i dan tidak dipetik dari mana-mana rujukan bertauliah, masak masin tu sebenarnya nak usik si dara je sebab atau mungkin selalu berangan teringat pada sang kekasih sampai terlebih garam dan terkurang gula. Sama juga "Anak dara tak boleh menyanyi di dapur nanti dapat suami tua". Tu pulak pesanan orang tua-tua untuk menakut-nakutkan si dara supaya nasi yang dimasak tidak hangit. Yalah, kalau dah menyanyi, melalak, terlolong didapur sampai senduk pon jadi microphone apa kes tu? 

Lagi satu kalau makan sambil baring nanti dapat suami/ isteri pemalas? Sebenarnya taknak bagi tercekik je kalau makan sambil baring. Mesti korang pernah buat kan? I dulu pernah dan sebab taknak suami pemalas cepat je bangun. Haha. 

Tapi tu dulu, anak dara sekarang dah tak kisah dah dengan pepatah dan nasihat orang dulu- dulu.

Wassalam.. ^___^



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

GA: First Giveaway By Shekechik

Cik Zara | 03:52 | 2Comments |

Kali ni i nak join GA pulak sebab dah dua segmen join. Semangat betul tengok GA ni kerana senang sangat syarat dia. I suka yang simple dan sempoi macam ni, tak perlu nak klik-klik bagai. Suka!!!


Kalau korang nak join klik banner tu tau. Nanti dia akan bawa korang semua terbang berjumpa dengan tuan empunya pengajur GA ni. Hehe. Sure, Korang akan jatuh cinta dengan syarat-syaratnya dan bolehlah masuk meminang. Haha. 

Ok, See Yaa!!

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Segmen: Bloglist Mama kaybee 2013

Cik Zara | 23:26 | 6Comments |


Join Segmen lagi!! Segmen ni lagi senang dan senang sangat. Suka! Suka!
Tak ada nak kena klik situ, klik sini, klik sana dan sangat sempoi. Sukalah yang macam tu.
Jom join ramai-ramai!

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Segmen: Blogwalking Akhir Tahun 2012

Cik Zara | 23:09 | 5Comments |
Nampak banner kat atas tu? Tadi saja-saja pergi blogwalking. Tiba-tiba ternampak segmen ni. Dah lama dah nak join segmen dan banyak juga yang jumpa blogger yang buat segmen tapi banyak yang tak berkenan di hati sebab banyak sangat syaratnya. Jumpa yang ni terus jatuh cinta. Haha.
Kalau nak join klik je banner tu ye, nanti dia akan bawa korang pergi menjelajah ke sana.
Ok, i tak nak cakap banyak nak tag sape eh? Emm, i pilih .....
dia
dan 
dia

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Little Cute Flowers

Cik Zara | 10:00 | 5Comments |


Idea nak buat little flower ni datang masa tengah godek- godek google pastu terlihat satu pattern ni.
Tapi yang i buat tak sama pulak dengan pattern yang jumpa. Sebab tak tau dia buat macam mana so buatlah ikut kepala sendiri nak kait dekat mana dan macam mana. Haha. Yang ni saja-saja buat dan tak ada orang tempah pun sebab dah tak de tempahan jadi bolehlah buat pattern baru.
Nak tengok tak?



Ni dia..
Siapkan 5 kuntum je

Buat bunga ni guna benang yang memang khas untuk crochet iaitu benang yang paling halus. Biasa orang guna benang ni untuk buat alas meja, alas kusyen, alas tv dan lain-lain. Mesti korang pernah tengok kan? Kalau tak pernah tu mintak tolong dekat pak cik google ya? Nanti dia terangkan.


Benang nilah yang selalu i tarik masa arwah mak stop mengait untuk beberapa minit untuk buat kerja surirumah dia. Miss that time verry much!!



Masih lagi berkisar mengenai little flower yang belum diletakkan manik di tengah-tengahnya.

Taddaaa!!

Manik-manik ni tak lekat pun tapi saja-saja letak

Sebenarnya, manik ni baru je beli balik je terus taruk kat bunga ni. Haha. Excited sangat la tu kononnya tapi nampak macam biasa pulak bila dah letak. Sebab tak letak gam lagi kot.


Lupa pulak nak cakap, benang ni agak mahal daripada benang yang biasa i guna beli pun dah dekat RM7++. Huhu. Dah beli baru perasan harga tapi tak pelah dapat jugak buat crochet baru. Kalau dah minat sanggup berhabis duit. Korang macam tu tak?.

Ok, sampai sini je, hajat dihati nak masukkan banyak gambar lagi. Tapi lambat pulak loading sampai mata pun dah mengantuk.
Wassalam.. ^____^

CODE TEMPAHAN: LITTLE CUTE FLOWERS (P10)

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Kumbang Dan Taman VS Bunga Dan Taman

Cik Zara | 09:28 | 10Comments |

Tajuk entri bukan berkenaan hati yang tengah kering kontang ni ye. Ini cerita mengenai bunga, ya crochet bunga yang cute lagi menawan. Propa je lebih! Idea ni datang masa tengah mengait tetiba terfikir why not i try make a flower. Lepas tu try google tapi caranya agak rumit dan tahu diri ini tak mampu nak hasilkan flower crochet yang gempak-gempak macam dorang. So, i just make a simple flower with my own idea.
Nak tengok?


Hambik Kau!!
The pink and Yellow flowers

Okay, gambar seterusnya adalah sekitar dua kuntum bunga ni tapi berlainan shoot.

Flowers and the ring box

Boleh juga dijadikan sebagai penghias hantaran. I terfikir kalau kawen nanti nak buat bunga-bunga ni sendiri dan hias dekat hantaran. Hehe. Tapi gambar kat atas ni sempat siapkan dua kuntum bunga ni je lepas tu tangan dah gatal nak amik gambar. Kalau letak penuh mesti cantik lepas tu tambah daun sikit. Daun tak buat lagi sebab dah seronok buat bunga ni tapi cara nak buat dah ada dalam kepala.

Tu Kad kawen kawan i, tengok tarikh pon tak lepas lagi. Haha

Ni saja je  nak banyakkan gambar

Penuh dengan gambar je. Haha

Cincinnya hilang!! Sebab i yang hambik!!. Haha

Okay, hope korang enjoy tengok flower ni. Chauu sin chiiiii!!!!

CODE TEMPAHAN: FLOWER (P9)


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Mengait dan Terus Mengait

Cik Zara | 09:24 | 20Comments |
Kali ni dapat request dari sepupu yang nak i buatkan beberapa jenis crochet. Dia tak kisah nak yang macam mana janji cukup pcs yang dia nak tu. Jadi buatlah semampu yang i boleh sebab request dia agak bertindan dengan request kawan dari Kelantan. Buat pon agak rushing jugak la tapi berjaya juga siapkan dalam
jangka masa yang ditetapkan.
Ni antara yang i buatkan untuk sepupu.
Sotong
Baby Sotong
Love
Kura-Kura
Kura-kura

Sebenarnya request tu banyak tapi gambar ambil sikit je. Tak pelah janji dapat tengok hasil kerja tangan sendiri siap juga akhirnya.

CODE TEMPAHAN:
SOTONG                   (P4)
KURA-KURA           (P5)
LOVE                         (P6)
BABY SOTONG       (P8)


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Cerita Lipas..Ha? Lipas?..

Cik Zara | 04:15 | 0Comments |
Assalamualaikum
Okay cerita i ni kenangan masa study dulu. Macam mana cerita lipas ni boleh teringat sebab ade sorang akak anna yang buat entry pasl lipas. Muhaha. I terus je teringat.

Bila ingat balik pada i memang kelakar. Tapi pada korang tak tau la. Mulanya i pergi umah kawan buat kerja group, roomate i (Naz) pulak ada kat bilik tengah tunggu grouping dia datang. Umah group i tu dekat je selang sebuah umah. dah sampai i tengok dia dah stanby dengan warna dan perkakas projek kitorang. Dah start buat tu kitorang buat sambil menyembang. Haha. Sebenarnya tanak kasi mengantuk.

Okay,skip. Haha.

Tup tup dah pukul 12 lebih i nak balik sebab kalau pukul 12 lampu blok hostel automatic akan off dangan sendiri. Umah dekat je tapi nak juga kawan i tu tengok kat pintu sampai masuk dalam umah. Takut tersapa hantu..Haha. Ciss!! Penakut!

Cerita kat bilik..

I masuk bilik tengok bilik bersepah dengan kertas yang dicat dengan perlbagai warna terdampar atas lantai meja study dan katil roomate. Lepas tu 2 orang makhluk grouping roomate yang tengah syok mewarna adalah ruang untuk dorang duduk (ain dan dian). Yang bersepah tu  i tak kesah sebab i pon budak art. Lepas tu i tanya la budak 2 orang tu mana naz dia tunjuk kat katil i rupanya dia dah tido dulu. Ingatkan dah hilang. Haha. Lelapkan mata je katanya nanti bangun buat balik. Kertas berwarna atas katil budak berdua tu dah siap kemaskan sebab dah kering  i naiklah atas katil naz landing sambil bersembang dengan dorang. Sampailah tertido.

Tiba-tiba rasa bergegar. Alamak! gempa bumi ke? Kena cari tempat berlindung ni. Tengah mamai buka mata rupanya ain dah melompat-lompat atas katil. Oh My Gosh! Apa ni? Terjerit-jerit panggil nama i lpas tu dia terjun dari katil. Dian entah bile dia panjat kerusi terloncat-loncat.  Pastu rasa geli-geli kat kolar baju tidur. Buat dek je.
ihsan dari inchik google (klik gambar untuk cisdel.com) Sangat suka baca cisdel.com

I: Ape? (keadaan mamai)
Ain: Tu. Lipas kat baju ko!!
I: Ooohh.( Bangun tepis dengan tangan "pap" lipas tu jatuh atas lantai i baring pastu pejam mata)
Dian: Yaa Allah budak ni! 
Ain dah melompat balik atas katil sebab lipas dah kat lantai. Lari keluar bilik sebab dah sawan dengar suara budak berdua tu menjerit tengah-tengah malam.
Naz: Ape wei? ape? (Tiba-tiba bangun macam orang mengigau garu-garu kepala) Haha. Actually Naz memang macam ni kalau bangun terkejut. Kitorang selalu takut nak kejutkan dia pagi-pagi. Haha.

Dengar macam orang panggil entah Ain ke atau Dian tak pasti tapi bukakan juga mata. Dah bukak Ain dengan Dian dah membebel macam mak cik kat pasar. Ain nangis sebab dia ingat i baling lipas tu dekat dia. Haha. Penakut betul. Lepas tu kitorang gelak sambil kemas barang-barang and balik bilik masing-masing. 

Zzzzzz.

Pssstt........ Hostel memang banyak lipas!!!

Thanks!! Dah Baca Komen Laa Sikit ^____^


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Segmen Blogger Muslimah

Cik Zara | 04:18 | 4Comments |
Assalamualaikum

Tadi zara blogwalking terjumpa pulak segmen dari cik Syafiqah. Teringin pulak nak join. Syarat-syaratnya pun senang je tak susah pun. Jom join sambil berkenalan!!

Klik banner diatas okay!! ^_____^

Done!!! Haha. Okay, zara dah join. Korang tunggu apa lagi cepat-cepat la join sekali. Zara kena tag dua orang kawan blogger. Siapa yang bertuah ni ya? Jom kita tengok kat bawah!!




Thanks For Reading.


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Obor-Obor / Jellyfish Comell

Cik Zara | 00:54 | 6Comments |
Assalamualaikum..

Ada croheting yang baru lagi ni. Hehe. Yang ni tempahan dari kawan sekolah adik kita. Dia nak Obor-obor
Nak tengok?!..
_
-
-
-
-

Jeng! Jeng! Shommeelll tak? Pink lagi tu.
Gambar snap banyak tapi semua gegar, satu keping ni je yang elok. Kamera murah, beselah. Mesti tak puas kan? Hehe
CODE TEMPAHAN: JELLYFISH (P2)

Thanks For Reading, Leave Your Comment!!


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Tempahan Dari seseorang

Cik Zara | 00:28 | 1Comments |
Asslamualaikum..

Hari tukan~~ 
Kita dapat tempahan yang agak pelik jugak dari seseorang ni. 
Maybe ramai yang tak tau benda alah ni. Korang penah dengar tak 'Tera-terabozu? 
Dulu kita pun tak pernah tapi kawan kita yang cerita pada kita.Jadi kita taulah jugak sikit-sikit. 

Kawan kita cakap tera-terabozu ni adalah kepercayaan orang jepun untuk memberhentikan hujan. 
Dia cakap lagi, dulu ada cerita tera-terabozu ni kat TV tapi kita tak tau pun. Dia kata maybe kita tak ingat kot. Sebab cerita ni dah lama dah time kita kecik-kecik dulu. Emmm.. Agaknya betullah kot kita lupaaaa.

Korang nak tengok gambar tera-terabozu ni tak? Nilah gambarnya..

Ihsan dari Incik Google

Okkay! Cukup pasal cerita tera-terabozu, kita nak cita pasal tempahan seseorang tu pulak. Kita dapat tempahan ni dari adik kita yang tengah praktikal. Kawan pejabat dia yang tempah. Jadi kita try mencari pattern kat internet. Dah jumpa kita terus je buat.

Nilah hasilnya. Nak tengok tak? Tutup mata dulu. Hehe
-
-
-
-
-


Allhamdulillah, customer tu puas hati dan kita lagilah terasa kepuasannya. Hihihi

CODE TEMPAHAN: TERATERBOZU (P1)



Thanks For Reading, Leave Your Comment!!


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

Seni 'Crocheting'

Cik Zara | 23:32 | 4Comments |
Assalamualaikum..
 Kawan-kawan? 
Nak tengok lagi tak hasil seni crocheting kita?
Tapi tak banyaklah sebab bila dah siap kita  tak 'snap picture'. 
Sebabnya kekangan masa tuk kita siapkan tempahan dan kekangan kerja. Hihi
Tapi tak pelah kawan-kawan tengok yang mana ada jelah ye.

Jommm!! Check it Out ya Babeh!!
-
 
 Dalam pic atas ni ada BABY DOLPHIN, SOTONG, KURA-KURA, LOVE. Kalau kawan-kawan perhatikan betul-betul nampaklah. Hehe
Pic ni pula ada LOVE dan KURA-KURA

K, yang atas ni pula BABY BIRDY. Shhoommelllkannn?. Hehe. Yang biru tu jantan dan yang pink tu betina. Semua ni kita buat sendiri tau.

Love again.. Hehe.

CODE TEMPAHAN:    
BABY DOLPHIN (P3)
SOTONG              (P4)
KURA-KURA       (P5)
LOVE                     (P6)
BABY BIRDY       (P7)

Thanks For Reading, Leave Your Comment!!


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

First Baby

Cik Zara | 07:38 | 0Comments |
Asslamualaikum Semua..
'Pattern' yang mula-mula sekali kita buat adalah pokok kaktus dan love. 'First time' buat memang-memang sangat hodoh dan buruk. Nak tengok?

Buruk kan? Macam hantu..haha. Love tu pulak kemek..

Tu la 'croheting kita yang pertama, lepas tu kita mula belajar lagi buat 'bubbles'. See the picture below.


Lepas tu dah semakin okay kita improve lagi dengan menghasilkan pencil.

Haa, kan dah semakin baik. Itulah berkat berusaha dari tak pandai boleh jadi pandai. Agak-agak kalau jual mesti orang tak nak beli yang ni. Haha. Buruk yang amat sangat, kita pun kalau tengok 'pattern' ni rasa macam lagi bersemangat nak hasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang ni.


Thanks For Reading, Leave Your Comment!!


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci