Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Nak Kawen??

Cik Zara | 08:47 | 9Comments |
Assalamualaikum
Hadiah kawen dari incik google
Tidak!! umur dah 25 tapi bujang trang tang tang lagi. Bila nak kawen ni? Kawan sekolah, kawan fb, jiran sebelah rumah, jiran  kampung sebelah pun dan sibuk bertanya. Hoho. Tak ada jawapan untuk soalan tuuu cik kak oiiii!!
Rasa tak percaya pun ada umur dah banyak ni, dulu masa darjah satu tengok abang dan kakak darjah enam rasa macam dah besar sangat dah tu. Tapi bila dah sampai darjah enam macam tak ada pape pun. 
Lepas tu sampai tingkatan satu tengok pulak abang dan kakak senior rasa macam dunia tu dorang yang punya. Bila diri sendiri dah jadi super duper senior pun masih rasa yang bumi ni masih lagi berputar pada paksinya. 
Masuk universiti, sembang-sembang dengan abang akak senior terpikir boleh ke aku belajar sampai grad ni? Dahlah semua subjek macam tak pernah belajar je semua kena cari information sendiri kerja rumah a.k.a assinggment amatlah susah. Tak boleh copying macam sekolah. Cikgu bagi kerja rumah hari ni pagi- pagi buta esok datang sekolah mintak buku kawan. Mesti korang macam tu jugak. Haha. Habis sangat kena berdiri atas kerusi je ni terus kena tendang dari uni. Kejamkan? 
Pejam celik akhirnya grad jugak walaupun kadangkala rasa macam tak sanggup nak hadapi bile dah akhir semester. Pun rasa macam masih kecik sebab baru grad dan tak kerja lagi. Haha.
Bila dah pandai pegang duet sendiri dah pandai pergi majlis kawan kawen, dah pandai bawa hadiah bila kawan kawen. 
Pandai tengok sesi photograhphy kawan kawen. Terasa diri ni nak kawen pulak. Haha, gatai noh cek ni! Normal lah kan sebab kita makin membesar. Dah masuk tahun baru ni baru terfikir nak simpan duet nak kawen sebab umur dah makin lanjut. Teruk! Awal-awal tak nak simpan dah tua baru nak simpan kan dah lambat kawen. Haha
Last word.. Happy New year uolls!!
Wassalam ^___^

Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

9 comments:

Eiyra Hisham said...

Selamat tahun baru akak comel!
wah,macam sama je kita..
saya pun baru mula bulan lepas duk simpan duit nak kawin..
walaupun saya fikir pun lagi pasal kawin..
tapi saya fikir tak salah if dari sekarang saya simpan..
nanti nak kawin nanti,takde susah hati dah..hihi,kawin nanti jgn lupa ajak saya yer.. :D

Cik Zara said...

haha..happy new year jgak..tulah..dah tua begini baru nak simpan memamng lagi lambatlah akak kawen. InsyaAllah akakn dijemput.. :)

nurulakmal said...

hee jodoh di tangan tuhan. mana tahu esok lusa rezeki datang bergolek. kan kan... :)

pyka asri said...

heee . cepat2 lah kawin :) hehe .

Eiyra Hisham said...

tu la pasalkan kak? takpe,sy doakan rezeki akak murah sentiasa hendaknya..aminnn.. :)

mecha_praline said...

nak kawen ek? ekeke

Cik Zara said...

@pyka asrihaha..will be.. :)

Cik Zara said...

@Eiyra Hishamamin..eiyra pun sama..akak doakan yang terbaik utuk awak

Cik Zara said...

@mecha_pralinehaha..sape xnak kawen kan?..hehe