Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Masak Masin Nak Kawen??

Cik Zara | 07:31 | 2Comments |

Assalamualaikum

Hoho, bukan i yang nak kawen ye tapi orang lain yang nak kawen dan yang penting bukan bertunang juga. Tak cukup umur lagi ni. Kononnya. Haha. Dulu arwah mak selalu cakap masa dia sebaya dengan i dah dapat i sorang. Dan itu dulu, anak dara mesti kawen awal dan sekarang anak dara dah bekerjaya dan boleh berdikari sendiri.


 Masa kecik-kecik dulu kalau tengok drama melayu mesti ada je dialog "Anak dara kalau masak masin mesti dah nak kawen". Betul ke? Orang-orang tua pun cakap benda yang sama. Dan dulu juga I percaya bulat-bulat sebab masa tu akal tak berapa nak panjang lagi. Ingat apa orang cakap mesti betul dan percaya je.


Bila akal dah panjang dah boleh fikir itik dan ayam tak boleh berkawan sekali baru tahu apa maksud disebalik kata-kata tersebut. Biasalah orang dulu-dulu penuh dengan adab sopan dan tatsusila yang tinggi. Cakap berlapik-lapik, perli dan mengata pun dalam nada suara yang rendah dan masih boleh senyum-senyum dan bergurau. 


Pada pandangan i dan tidak dipetik dari mana-mana rujukan bertauliah, masak masin tu sebenarnya nak usik si dara je sebab atau mungkin selalu berangan teringat pada sang kekasih sampai terlebih garam dan terkurang gula. Sama juga "Anak dara tak boleh menyanyi di dapur nanti dapat suami tua". Tu pulak pesanan orang tua-tua untuk menakut-nakutkan si dara supaya nasi yang dimasak tidak hangit. Yalah, kalau dah menyanyi, melalak, terlolong didapur sampai senduk pon jadi microphone apa kes tu? 

Lagi satu kalau makan sambil baring nanti dapat suami/ isteri pemalas? Sebenarnya taknak bagi tercekik je kalau makan sambil baring. Mesti korang pernah buat kan? I dulu pernah dan sebab taknak suami pemalas cepat je bangun. Haha. 

Tapi tu dulu, anak dara sekarang dah tak kisah dah dengan pepatah dan nasihat orang dulu- dulu.

Wassalam.. ^___^



Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

2 comments:

Cik Mun said...

aah..btol tu..dulu takut jgak..tp skrang ni..hehe..xkisah dah..

Cik Zara said...

tulah..sama lah kita..dulu ape orang tua cakap percaya je..haha