Harus Baca

Untuk Pelbagai Design Crochet Yang Comel-comel Sila Klik Pada Facebook BLUE YARN CRAFTING Pages
Contact Me
blueyarn88@gmail.com
cokolatte_ct88@yahoo.com.my

Cerita Lipas..Ha? Lipas?..

Cik Zara | 04:15 | 0Comments |
Assalamualaikum
Okay cerita i ni kenangan masa study dulu. Macam mana cerita lipas ni boleh teringat sebab ade sorang akak anna yang buat entry pasl lipas. Muhaha. I terus je teringat.

Bila ingat balik pada i memang kelakar. Tapi pada korang tak tau la. Mulanya i pergi umah kawan buat kerja group, roomate i (Naz) pulak ada kat bilik tengah tunggu grouping dia datang. Umah group i tu dekat je selang sebuah umah. dah sampai i tengok dia dah stanby dengan warna dan perkakas projek kitorang. Dah start buat tu kitorang buat sambil menyembang. Haha. Sebenarnya tanak kasi mengantuk.

Okay,skip. Haha.

Tup tup dah pukul 12 lebih i nak balik sebab kalau pukul 12 lampu blok hostel automatic akan off dangan sendiri. Umah dekat je tapi nak juga kawan i tu tengok kat pintu sampai masuk dalam umah. Takut tersapa hantu..Haha. Ciss!! Penakut!

Cerita kat bilik..

I masuk bilik tengok bilik bersepah dengan kertas yang dicat dengan perlbagai warna terdampar atas lantai meja study dan katil roomate. Lepas tu 2 orang makhluk grouping roomate yang tengah syok mewarna adalah ruang untuk dorang duduk (ain dan dian). Yang bersepah tu  i tak kesah sebab i pon budak art. Lepas tu i tanya la budak 2 orang tu mana naz dia tunjuk kat katil i rupanya dia dah tido dulu. Ingatkan dah hilang. Haha. Lelapkan mata je katanya nanti bangun buat balik. Kertas berwarna atas katil budak berdua tu dah siap kemaskan sebab dah kering  i naiklah atas katil naz landing sambil bersembang dengan dorang. Sampailah tertido.

Tiba-tiba rasa bergegar. Alamak! gempa bumi ke? Kena cari tempat berlindung ni. Tengah mamai buka mata rupanya ain dah melompat-lompat atas katil. Oh My Gosh! Apa ni? Terjerit-jerit panggil nama i lpas tu dia terjun dari katil. Dian entah bile dia panjat kerusi terloncat-loncat.  Pastu rasa geli-geli kat kolar baju tidur. Buat dek je.
ihsan dari inchik google (klik gambar untuk cisdel.com) Sangat suka baca cisdel.com

I: Ape? (keadaan mamai)
Ain: Tu. Lipas kat baju ko!!
I: Ooohh.( Bangun tepis dengan tangan "pap" lipas tu jatuh atas lantai i baring pastu pejam mata)
Dian: Yaa Allah budak ni! 
Ain dah melompat balik atas katil sebab lipas dah kat lantai. Lari keluar bilik sebab dah sawan dengar suara budak berdua tu menjerit tengah-tengah malam.
Naz: Ape wei? ape? (Tiba-tiba bangun macam orang mengigau garu-garu kepala) Haha. Actually Naz memang macam ni kalau bangun terkejut. Kitorang selalu takut nak kejutkan dia pagi-pagi. Haha.

Dengar macam orang panggil entah Ain ke atau Dian tak pasti tapi bukakan juga mata. Dah bukak Ain dengan Dian dah membebel macam mak cik kat pasar. Ain nangis sebab dia ingat i baling lipas tu dekat dia. Haha. Penakut betul. Lepas tu kitorang gelak sambil kemas barang-barang and balik bilik masing-masing. 

Zzzzzz.

Pssstt........ Hostel memang banyak lipas!!!

Thanks!! Dah Baca Komen Laa Sikit ^____^


Semakin Ramai Orang Suka, Semakin Ramai Orang Benci

No comments: